Pages

13 October 2005

Apa itu e-Gold

Sepanjang aku berblog mengenai autosurf nie.. E-Gold merupakan medium pendapatan... disini is150 cuba membantu dengan menerangkan serba sedikit mengenai apa sebenarnya E-Gold nie...

E-Gold merupakan salah satu eCurrency ( matawang online ) yang digunapakai di Internet. Dalam banyak-banyak eCurrency E-Gold adalah eCurrency paling lama, paling dipercayai dan paling banyak digunakan di internet. Antara contoh eCurrency yang lain adalah seperti StudioPay, INTgold, EVOcash, NETPAY, eBULLION, PECUNIX dsb.

Konsep penggunaan eGOLD adalah seperti perbankan online ( cth MAYBANK2U ) dan duit dalam akaun eGOLD kita bersandar kepada gram emas semasa. Bagaimana kita nak menggunakan eGOLD kita terserah kepada kita.

BUKA AKAUN eGOLD ADALAH PERCUMA DAN ANDA BOLEH MEMBUKANYA dengan KLIK DISINI. Setelah membuka akaun, anda boleh menambah eGOLD dalam akaun anda dengan pelbagai cara, antaranya beli daripada merchant atau penjual yang menggunakan kad kredit, bank in kepada orang yang jual eGOLD dsb. E-Gold walau bagaimanapun ada caj transaksi 1% tetapi maksimum USD0.50 paling tinggi per transaksi. Harus diingat yang kekal hanyalah gram emas dan nilai dalam USD mungkin akan berkurang dan bertambah sedikit mengikut harga emas semasa.

APA YANG ANDA PERLU FAHAM TENTANG eGOLD

  1. eGOLD ada caj transaksi.Setiap transaksi ada caj dia 1% setiap USD tetapi maksimum satu transaksi USD 0.50 sahaja. Setiap tahun juga ada pemotongan keatas akaun egold masing masing utk membayar kos menyimpan emas tersebut.

  2. eGOLD berkadaran dengan nilai emas yang senantiasa turun naik.
    Yang kekal hanya gram emas tersebut. Jadi jika anda ingin menyertai program USD10, elok beli lebih sikit seperti USD11 kerana kemungkinan masa anda hendak menggunakan eGOLD tersebut jumlahnya berkurangan disebabkan harga emas turun.

  3. eGOLD di Malaysia dijual pada kadar antara RM3.80 - RM4.30 per Dollar mengikut persetujuan pembeli dan penjual dan mengikut supply and demand semasa. Antara laman web perantaraan popular (di Malaysia) bagi menjual E-Gold ialah di noGold.com.

maklumat lanjut sila lawati https://www.e-gold.com/unsecure/qanda.html

p/s:

kalau nak derma pada is150 pon boleh... klik jer http://1263123.e-gold.com/

No comments:

Post a Comment